Kelas Menaip dan Advokasi

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Menaip dan Advokasi kepada 5 orang peserta yang terdiri daripada 2 peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Tujuan kelas ini diadakan adalah bagi melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta yang terlibat. Mereka diberikan latihan menaip berdasarkan tajuk yang telah diberikan iaitu berkaitan dengan Senario ICT Dalam Pendidikan di Malaysia. Di akhir kelas, mereka telah diberikan taklimat berkaitan dengan advokasi bagi memberi kesedaran tentang penggunaan internet dengan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali